Rapatkan sillaturrahim dengan cara >>> INSTALL toolbar kami!

toolbar powered by Conduit

Tuesday, June 23, 2009

23.06.09

Cukup....Berakhir Di Sini.... Umar & Iqkram masih ada.....

مع السلامة - Arabic

さようなら - Japanese

Tot ziens - Dutch

Au revoir - French

Auf Wiedersehen - German

Adiós
- Spanish

k...CHOW....

Salam...Doakan Aku...

Saturday, May 30, 2009

BABI + KACANG = HALAL ?

Salam.....sepanjang ana online mencari idea untuk wat post baru hari ni....tetiba ana terkejut dengan satu gambar yg membuat dahi ana terkerut....korang pun mungkin pelik gak...try ar usha gambar bawah ni sendiri....usha btol2....


Dah Usha ? Yg ana nak hightlightkan kat sini....Camne boleh diluluskan gak penjualan makanan ni ? Malaysia kot....

Memang ar logo halal tu bukan halal JAKIM...tapi still boleh buat org percaya gak yg benda tu halal.....lagi2 kat Sarawak...org2 kat sana dikatakan memang x ambil berat sangat halal @ x..... TAPI x kan ar sampai BABI tu HALAL !!!!!!

So, fikir2 balik...x mustahil jap lagi produk ni sampai kat Semenanjung Malaysia lak.....Harap2 ar kerajaan dpt ambil tindakan pantas....kalau x, bape ramai org Islam yg akan tercemar daging BABI HALAL ni.....Na'uzubillah.....

Tu je kot utk post kali ni...KeTENSIONan exam masih memutar belitkan urat2 kepala & otak.....

Salam keatasmu & Moga sentiasa dicurahkan rahmat & keberkatan dari ALLAH.....

P/S : Harap sape yg dok Sarawak @ ada kenalan kat Sarawak boleh sebar2 kan pasal perkara ni kat sana......

Thursday, May 21, 2009

AIR LIUR itu UBAT.....

Lek...lek...jangan terus berkerut dahi....tajuk x pelik...betol dan sohih lagi.....

Macam x caya kan air liur boleh jadik ubat...lek jgn pelik...baca dulu.......

Menurut laporan yang disiarkan Rabu(nama) di The Journal of Federation of American Societies for Experimental Biology (FASEB), Para-para penyelidik dari Belanda telah mengidentifikasi satu zat di dalam air ludah manusia yang boleh mempercepatkan penyembuhan luka kita.......

Bak kata penyelidik2 tu....diorang dah dapat kesan satu protein kecil di dalam air liur, "Histatin" yang sebelum-sebelum ni skadar dipercayai sebagai pembunuh bakteria kini memberi effect besar dlm penyembuhan luka......

Setelah penyelidikan itu berhasil....kebanyakan orang sudah mula berkata bahawa tidak mustahillah kalau air liur ni boleh gak merawat pesakit2 diabetes yang menderita jikalau terdapat luka2 yg besar(kronik)......

Selain tu...zat tersebut(Histatin) dipercayai memiliki potensi setaraf dengan krim antibiotik dan alkohol gosok.

Para penyelidik Belanda itu berkata,

"Kami berharap penemuan kami pada akhirnya bermanfaat buat orang yang menderita luka yang tak sembuh-sembuh, seperti buruk di kaki dan luka akibat diabetes, serta bagi penghidap luka yang mengakibatkan trauma seperti luka terbakar" , kata Menno Oudhoff, penulis pertama laporan tersebut.

Kemudiannya...Gerald Weissmann yang menyandang jawatan Pemimpin Redaksi FASEB Journal turut menambah,

"Hasil penyelidikan ini bukan hanya menjawab pertanyaan biologi mengenai mengapa haiwan menjilati luka mereka."

"Itu juga menjelaskan mengapa luka di mulut, seperti luka setelah pencabutan gigi, sembuh jauh lebih cepat dibandingkan dengan luka pada kulit dan tulang. Itu juga mengarahkan kita untuk mulai memandang air ludah sebagai satu sumber bagi ubat baru."

------------------------------------------------------------------------------------------------

Ana lepas habis baca benda ni....kadang2 teringat gak....dulu mak ana pernah gak kata....jilat luka kat jari ni petua orang dulu2 untuk sembuh.....tapi orang2 zaman skarang, bila dengar petua orang dulu2....terus bukak mulut, "Hek Eleh..tu orang2 zaman dulu...skang zaman dah berubah la...."

Erm...apa boleh buat...jap lagi mula ar nak kecoh...air liur tu ubat la....

Penyelidik2 Belanda tu pun mesti kalau dia jumpa moyang2(atau mungkin juga ibubapa) kita yg masih hidup dan lahir sebelum MALAYSIA MERDEKA....confirm, penyelidik2 Belanda tu balik semula negara diorang sambil pegang buku untuk cover muka....

Papepun....dah tahu satu petua berguna ni jangan lak buat tabiat time kita kecik2 dulu...(hisap jari)......

Ha....tu jelah kot....nak sebarkan ? sebarkan lah...[kalau boleh kasi link bog ni skali....he...he..]

Tuesday, May 19, 2009

Terilhamnya Puisi Semasa Exam......

Aduh...Examination week ternyata memberi effect yg banyak....Tapi sebagai Blogger yg x nak kecewakan sape yg nak baca blognya...terutamanya para followers, ana terpaksa cari ruang untuk buat post baru.....

Sebenarnya...idea tercetus selepas habis jawab exam....tetiba ternampak sehelai kertas kosong...(kertas exam B.I 2 yg lebih)..apa lagi...mula ar menggerakkan pensel kat kertas tu.....

Tapi malangnya...lepas naik semula kat kelas lepas habis solat...kertas tersebut telah 'flying without wings' kat seorang banat....so, banat tersebut tanpa usul periksa...dia terus ambik kertas tu...(dia ingat dia punya kot ?)...terus masukkan ke dalam beg dia.....Adoyai...nasib2....

Takpe...sebab kan ana yg tulis apa yg ada kat kertas tu..confirm ar ingat...tapi terpaksa edit skit...sebab tadi terilham ayat2 gramatis skit...tapi skang dah lupa ayat2 mantop tu...so, ganti ngan ayat biasa....
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Puisi yg terilham :

JANGAN LUPA WAHAI PEMUDA

Tertitis air mata oleh Si Tua
Sebaik seusai menonton berita
Penderitaan dan Penyeksaan yang dilihatnya
Penyebab sebak hadir di dada

Duhai penyewa dan penghuni alam semesta
Apakah mustahil esok hadirnya derita
Sedang hari ini kita bangga bersama harta dan takta
Usahlah lupa kekuasaan Yang Esa

Jika terusik telinga dengan bunyi ambulan
Janganlah pula tertanya siapa si pesakit
Jika mulutmu masih boleh berkata-kata
Janganlah lupa mengucap syukur

Belumnya pasti tarikh terakhir
Esok pun mungkin mata menjadi putih
Bagaimana Tuhan mahu mengampun
Sedangkan kita hamba tidak memohon


-------------------------------------------------------------------------------------------------
Sekian....Harap di fikir bersama makna setiap rangkap....kalau x tahu boleh tanya.....para administrator sedia menjawab....salah seorangnya merupakan ANAK KETUA PANITIA BAHASA MELAYU......

Salam keatasmu & Moga sentiasa dicurahkan rahmat & keberkatan dari ALLAH.....

Tuesday, May 12, 2009

Pemanduan Gaya Terkini....MODENAS GT 128






Motorsikal Dan Enjin Nasional (MODENAS) Sdn. Bhd. telah mengeluarkan satu motorsikal yang berteraskan pemanduan selamat + Gaya hidup Terkini.....

Motorsikal yang diberi nama GT128 kini telah mula dianggunkan di jalan-jalan seluruh Malaysia...

Apa yang menariknya...motorsikal ini dilengkapi dengan ciri2 enjin yang baik....dan yang menambah keselesaan penunggang & pembonceng GT128 ini ialah...enjinnya yang agak kurang sikit bisingnya berbanding motor2 lain....

------------------------------------------------------------------------------------------------

Bawh ni ana dah type Spesifikasi lengkap Modenas GT128.....
-------------------------------------------------------------------------------------------------


ENJIN
dye >>> :
  • Type-------------------------------------4-stroke, 1 cyl, SOHC
  • Bore X Stroke---------------------------53.0 x 59.1 mm
  • Displacement---------------------------130
  • Compression----------------------------Ratio 10:1
  • Carburetor------------------------------KEIHIN NCV24
  • Ignition System-------------------------DC-CDI
  • Starting System-------------------------Dual Starter (Kick and Electric starter)
  • Cooling System--------------------------Air cooled
  • Lubrication------------------------------Forced lub, wet



TRANSMISSION
dye lak >>>>>





  • Type--------------------------------------4-speed rotary (down)
  • Clutch-----------------------------------Centrifugal and wet
  • Primary Reduction----------------------Ratio 3.000 (69/23)
  • Final Reduction--------------------------Ratio 2.800 (42/15)
  • Driving System--------------------------Chain
CHASIS a.k.a KERANGKA MODEL dye lak >>>



  • Type--------------------------------------Pipe backbone
  • Front Suspension------------------------Telescopic fork
  • Rear Suspension-------------------------Trailing Swing
  • Front Brake-----------------------------Single disc
  • Rear Brake-------------------------------Single disc

SISTEM ELEKTIK dye di support oleh BATERI yang berkuasa 12V3.5Ah


-------------------------------------------------------------------------------------------------

Konklusi dye...motor ni memang smart ar untuk antum/antunna nak pakai.....bwk laju pun x rasa cam remp-it sangat...sebab enjin dia boleh dikatakan smooth cam motor scooter gak ar.......

-------------------------------------------------------------------------------------------------

He...He...ubah angin...tulis pasal moto lak...x salah kan ?
SOKONGLAH PERNIAGAAN BUMIPUTERA.....(adeh, cam banner Carigold kat bwh[footer blog ni] lak......he...he...)

Salam keatasmu & Moga sentiasa dicurahkan rahmat & keberkatan dari ALLAH.....