Bermulalah alkisah pada zaman dahulu,seorang ahli hikmah pernah ditanya tentang taubat yang dilaksanakan oleh seorang hamba yang dibelengu kesedihan : "Adakah seseorang itu boleh mengetahui bahawa taubatnya diterima atau tidak?".
Lalu ahli hikmah itu menjawab dengan mengatakan bahawa beliau tidak boleh memberi keputusan tentang hal itu.Kemudian beliau memberitahu sekadar tanda-tandanya sahaja. Iaitu :-
1. (Seseorang yang telah bertaubat itu)melihat bahawa dirinya masih belum suci dari dosa.
2. Dia melihat bahawa perasaan gembira telah hilang dari hatinya,lalu datang perasaan sedih.
3. Dia suka mendekati orang-orang yang baik dan menjauhi orang-orang yang jahat.
4. Walaupun sedikit rezeki yang diperolehi di dunia,tetapi dia tetap melihatnya banyak.Walaupun banyak amal akhirat,tetapi dia tetap melihatnya sedikit.
5. Dia sentiasa menjaga lidah,penglihatan dan selalu bertakafur serta tetap dalam keadaan sedih dan menyesal.
Adakah anda tergolong dalam golongan diatas?? Dimanakah pendirian anda? Fikir-fikirkanlah...
Sezahirnya mata itu utk melihat.....Ada yg melihat benda baik....Ada yg melihat benda buruk... Sezahirnya telinga itu utk mendengar...Ada yg dengar kata2 baik...Ada yg dengar kata2 lagho.... Sezahirnya tangan itu utk memegang...Ada yg pegang benda halal...Ada yg pegang benda haram..... Sezahirnya lidah itu utk berkata2....Ada yg berkata benda baik...Ada yg berkata benda haram.....
O.K...cukup 4 pancaindera tu....Sememangnya jika ditanya ? Kita semua akan berkata 'Oh..Syukurnya !!'.....Namun, dengan apa yg telah dinikmatkan...pernah x agak2 nya kita menggunakannya ke arah benda yg x baik ? X yah tunggu jawapan...mustahil jika x ada....
--------------------------------------------------------------------------------------------------- Nauzubillah...agak2 nya akan tiba x satu hari dimana suara kita hilang (bisu)..... mata hanya bisa melihat hitam (buta).... telinga sentiasa berdengung (pekak) & tangan menjadi kudung....
Semua diluar dugaan kita dan hanyalah ALLAH YANG MAHA BERKUASA saje yg boleh menetapkan kesemua perkara itu akan berlaku ke atas kita @ tidak....
Akan wujudnya kah jam yg boleh mengingatkan kita bila expirednya pancaindera kita ? Hatta....jika ditawarkan kepada pencipta jam terhebat di dunia utk menciptkaan jam ini....pasti perkataan yg akan keluar daripada mulutnya berbunya....GILA !!!!
Yassin: ult li albi bissaraha (I'm opening up my heart with honesty) hayya nab'idil karaha (Let's avoid the hated and hatred) syakkireena a' kulli ni'ma (Let's remain thankful with what we have) ba' ideena anil fattana (Let's avoid all lies and sins)
Malique: merenungi luar jendela,mengagumi kebesaran yang Maha Esa ku menilai kehidupan dari sudut berbeza tak memadai hanya kecapi rasa selesa maukan harta yang mampu beli 1 semesta berpesta ke pagi botol bergelimpangan kekasih muda bukan takat berpegang tangan harta dan jamuan nafsu tidak berkekalan bila menjelang tua bukan itu jadi bekalan dan jangan puisi ini disalah tafsir pula bukan berkhutbah cuma betuli diri jua ingin hidup sempurna aset nilai berjuta, saling tukar wanita,senyum dan mati tua bakat dikurnia jangan disalah guna jangan kufur nikmat yang diberi percuma guna kelebihan untuk hikmah bersama jagalah nama hidup penuh pementasan dan drama ada berisi ada yang kurus,ada melencong ada yang lurus bukan semuanya tulus ada sempuna ada kurang upaya ada yang jadi buta hanya bila sudah kaya sebesar rumah bermula dengan sekecil bata,boleh hilang dalam sekelip mata ucaplah alhamdulillah bukannya sukar, kerna semua nak kaya atau besar tetap Allahuakbar!!!
Yassin: ult li albi bissaraha (I'm opening up my heart with honesty) hayya nab'idil karaha (Let's avoid the hated and hatred) syakkireena a' kulli ni'ma (Let's remain thankful with what we have) ba' ideena anil fattana (Let's avoid all lies and sins)
Joe Flizzow: jadikanlah ku tentera Fisabilillah yang tertera di kalimah harap memanduilah entah apabila persimpangan tiba,hidup penuh rintangan harus kuhadapinya harapku tidak terlupa diri bila gembira,dan cuma mula mencari kau disaat hiba ku cuma manusia penuh dengan kesilapan tapi bisa membezakan cahaya dan kegelapan tabah bila dihalangan duri onak dan cobaan teguh bila dicobakan keruh kuasa dan perempuan sentiasa legar diminda,dikejar dan dipinta dari zaman bermula hingga ke akhirnya ku mengerti siapa ku tanpamu disisi dan apa guna posesi juga posisi sementara ini cuma hanya puisi,nukilan tulisan dan bisikan isi hati mencari keterangan,menjiwai peranan menepati pesanan janji juga saranan alhamdulillah atas kurniaan rezeki,moga tidak terleka dalam perjalanan ini
Yassin: ult li albi bissaraha (I'm opening up my heart with honesty) hayya nab'idil karaha (Let's avoid the hated and hatred) syakkireena a' kulli ni'ma (Let's remain thankful with what we have) ba' ideena anil fattana (Let's avoid all lies and sins)
Ahli Fiqir: aku yang memandang di dalam lubuk hati,mencari-cari zat rahsia yang katanya tersembunyi aku yang melihat alam meliputi wujud menyertai lalu ku pindahkan alam ke dalam mata hati aku hakiki,aku mengerti segala yang terjadi di langit dan di bumi gunanya tiada fantasi, pelik dan benar,qada' dan qadar kau berilah ku kekuatan agar dapat ku hindarkan segala kesesatan usah kau biar nafsuku terliur dari pandangan majazi ini, aku yang hodoh lagi hina amat benar merindui moga cahaya lailatul tak membutakan mataku,semoga segala puji tak ku meninggi diri moga segala janji dapat juga ku penuhi,moga dapatku hadapi tikaman dari belakang lidah setajam pisau, ku tidak akan risau dengan cabaran sepanjang perjalanan ku pasrah ku akur 7,8,6 Alhamdulillah Syukur...
Yassin: ult li albi bissaraha (I'm opening up my heart with honesty) hayya nab'idil karaha (Let's avoid the hated and hatred) syakkireena a' kulli ni'ma (Let's remain thankful with what we have) ba' ideena anil fattana (Let's avoid all lies and sins)
nama beliau adalah EHUD OLMERT... jawatan beliau sebagai PERDANAmenteri ISRAEL... beliau dilebelkan sebagai orang paling dibenci di dunia hari ini..... Sikap meluat mereka kepada Olmert berpandukan kepada beberapa kenyataan yang dibuatnya berhubung tindakan rejim Yahudi melancarkan serangan ke atas rakyat PALSETINE di GAZA...
Matlamatnya adalah memusnahkan rakyat PALESTINE, khasnya pejuang HAMAS....
Di negara2 yang menyokong tindakan OLMERT itu, penerimaan mereka adalah berbeza...
Mereka melihat OLMERT sebagai wira yang kononnya mempertahankan maruah rakyat YAHUDI dan tanah air meeka sebagai bangsa YAHUDI....
Kita seharusnya membenci atau boycott orang yang telah membunuh lebih 1,314 rakyat PALESTINE di GAZA....
Kini....semua benda boleh on9...buku pun dah x payah.... bukannya x payah ada langsung...tapi x kan nak bwk sentiasa buku2.....
Apa yg membezakan baca buku & tilawah Al-Quran...ternyata 2 itu ketara bezanya.... tapi ada satu yang paling besar di antara perbezaan yg lain...Membaca Al-Quran itu adalah satu Ibadah dan Sunnah....
Jadi....mungkin...bagi mereka yg berkelana...ketika di dalam kenderaan yg masih bergerak... & ... boleh online...(menggunakan broadband)....jika tidak ada idea apakah yg boleh mengisi waktu yg membosankan itu...bolehlah mengisi waktu itu dengan membaca al-quran....
Tiada wudhu' ? Confirm bukan satu masalah....sebabnya...
Ni tilawah secara on9 la..... try klik link bwh ni....
Sempena bulan 4....Sek.Men.Sri.Al-Amin.Bangi telah mengisikan bulan April dengan sesuatu yg ternyata jauh lebih bijak & indah drp April Fool yg datangnya dari Kuffar....
Bulan April tidak disebut sebagai bulan April @ bulan ke-empat...bulan ini ditukar kepada bulan....
- TAJDEED -
Tajdeed itu setelah di'translate'kan ke Bahasa Melayu....akan berbunyi...Memperbaharui...
Mahu barukan apa ? Ternyata sikap,akhlaq & perangai bdk2 al-amin menjadi jawapan.....
Sekarang bukan masanya untuk berceloteh mengenai apa itu bulan tajdeed....kerana...skarang ini sudah masuk minggu ke-4....dan juga....merupakan minggu terakhir @ minggu penutup Bulan Tajdeed ?
------------------------------------------------------------------------------------------------- Skarang minggu terakhir...3 minggu sebelum ni..adakah cukup aku ber'tajdeed'kan diri sendiri.... mungkin jika aku sudah benar2 cukup skalipun....ia takkan cukup...slagi masih ada yg terpesong.....
Pelik....bila mahu berubah...tidak cukupkah dengan masa 1 bulan yg diberikan ? Mahu tunggu sampai bila ?
Kalau bukan skarang....bila lagi ? Mahukah kamu biarkan peta dibawah ini menjadi putih kesemuanya ?
'Nahnu' bawa satu kisah.....kisah yang melibatkan seorang beragama Hindu sedang mengukir patung untuk disembah dan seorang MUSLIM yg bijak.....
Alkisah bermula.....
Seorang Muslim bertanya kepada seorang Hindu....apakah syarat bagi seorang pengukir patung untuk disembah oleh orang lain ?
Jawab si Hindu tersebut memang ringkas....
" Kalau kamu mahu buat sama itu patung....bukan senang....bukan semua orang boleh buat patung sendiri....hanya bagi sesiapa yang dapat mimpi atau ilham sahaja boleh buat patung itu..."
" Oh..camtu....okeylah...chow dulu..." si Muslim yg bijak itu memberambuskan diri drp tempat berlakunya dialog.....
Apa yg bijaknya ? X bijak pun......
RiLekS....cite belum habis.....
Esoknya....
Si Hindu tersebut berasa agak tidak puas hati...darahnya menaik dan menurun secara berterusan selama beberapa saat....
Lalu...muncullah balik si Muslim yang bijak itu....dtg kepada si Hindu tersebut dengan relax dan bertanyakan satu soalan....
" Ane....apa macam ? Kelam kabut saja nampak....."
"Patung yang sendiri saya ukir itu sudah pecah...aiyo...saya tak tahu sebab apa...."
"Ooo...Ane...semalam saya ada dapat satu mimpi...saya mimpi....saya kena pecahkan patung itu....."
Si Hindu tersebut kehairanan sedikit....tapi entah sebab apa...dia x marah langsung..... dan kata2 terakhir sebelum berambus dia berbunyi,
Pelik.....mana pendirian itu ? Pendirian yang teguh itu ternyata penting......
Keputusan yang dilakukan oleh diri sendiri ternyata memerlukan pendirian.....Jika benar apa yang kita lakukan itu baik...dan ternyata tidak bercanggah dengan mana2 hukum & syara' Islam....pasti Ianya satu perkara yg benar.......
Jika sudah melakukan satu perkara yang benar...pertahankanlah ia.....
------------------------------------------------------------------------------------------------- Sekian, satu kisah telah dikongsikan......kisah yang bersumberkan oleh naqeeb tukang kata...tapi ada beberapa bahagian yang di 'edit' untuk mensedapkan jalan cerita.....
KURANG HAJO SUNGGUH !!! Guna nama & gambar masjid.....
Sebuah syarikat yang mengeluarkan serbuk teh sesedap je nak mengaku tak bersalah kat Mahkamah Majistret Selayang time 14 Feb 2009 diatas dua tuduhan mencampurkan bahan pewarna ke dalam serbuk teh yang dikeluarkan pada 13 Oktober 2005
Teh Cap Masjid dikeluarkan oleh Syarikat Teh Wangi Ros Sdn. Bhd. beralamatkan No 371, Jalan 20, Taman Ehsan Jaya, Batu Caves. Syarikat tersebut telah didakwa melanggar syarat Peraturan 260(3)Peraturan-Peraturan Makanan 1985 disebabkan mencampuri bahan pewarna ke dalam serbuk teh, sedangkan mana-mana serbuk teh di Malaysia tidak dibenarkan dicampur dengan apa2 jenis pewarna......
Time 14 Feb 2009 dulu, syarikat tu di dakwa dibawah Seksyen 13B(1) Akta Makanan 1983 dan dibaca bersama Seksyen 13B(2) dibawah akta yang sama(Akta Makanan 1983) dan boleh didenda maksimum sebanyak RM20,000 @ penjara lima tahun @ kedua-duanya jika sabit kesalahan bagi setiap satu kesalahan.........
Mengikut apa yang di dakwakan, dua pegawai penguat kuasa Jabatan Kesihatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Gombak secara terus membuat pemeriksaan ke premis kilang dan mengambil dua pek baru TEH GURU CAP MASJID & TEH WANGI CAP ROS sebagai sampel..... Pada keesokan harinya, kedua-dua sampel tersebut dihantarkan ke Jabatan Kimia dan hasil daripada kajian tersebut secara terang mengesahkan tuduhan lalu apabila pewarna sunset FCF yang telah dilarang untuk dicampurkan bersama serbuk teh berjaya dijumpai.....
Pengurus syarikat yang mengeluarkan teh tersebut, Lee Chooi Moi, 40, hadir membuat pengakuan tidak bahawa mereka tetap tidak bersalah serta kemudiannya memohon masa perbicaraan untuk melantik peguam.....
Majistret Ahmad Rizki Abdul Jalil menetapkan perbicaraan kes itu dilanjutkan kepada Jumaat ini bersamaan 25 April 2009.
Adoyai...pelik2...pengurus Cino....nak gak pakai nama CAP MASJID...pakai la CAP TOKONG lain kali....
Confirm...mesti ada niat nak rosakkan orang Islam...haish....sepandai-pandai tupai melompat.....takkan masuk olimpik jugak....apatah lagi Commanwel takpun SUKAN SEA.....
PS : Aiya....dulu PAU AHMAD...sikalang...TEH CAP MASJID....lor.....
Tu je ar nak share....slagi belum tamat perbicaraan Jumaat ni...slagi tu 'nahnu' rasa nak bagi se'das' je kat pengurus dia....merosakkan nama MASJID je...
Syukran kerana sudi habiskan bape minit untuk baca....
"Aduh..lu sibuk apa ha ? Aku buat dosa jap lagi aku taubat ar....esok aku buat dosa pun...lepastu aku taubat balik..."
B*d**h....ternyata...b*d*h....lu pikir taubat tu apa ? Taubat tu macam tarik tali ? lepas dia tarik...aku tarik ar balik...
Cuba kalau bahagian tali tu dah lepas garisan pihak lawan ? So, kalah camtu je ar...x sempat tarik balik.....
Kalau nak taubat....esok lusa x sempat ? Nak buat camne lak.....
Ye ar...mungkin korang x pernah diajar taubat tu camne....So, baca post yg 'Nahnu' dah penat2 type ni sampai habis....
Jalan Menuju Taubat ada sepuluh bahagian....iaitu...
First skali.....Kita kena tahu tentang hakikat & apa itu taubat.....Hakikat taubat terdiri daripada.... Mula-Mula menyesal....lepas tu....meninggalkan kemaksiatan tersebut dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Sahal bin Abdillah pernah berkata, “Tanda-tanda orang yang bertaubat adalah, Dosanya telah menyibukkan dia dari makan dan minumnya. Seperti kisah tiga sahabat yang tertinggal perang yang popular tu”
Second...kita kena merasakan apakah akibat & kesan daripada dosa yang kita lakukan. Ulama salaf ada berkata: “Sungguh ketika saya maksiat pada Allah, saya boleh melihat akibat dari maksiat saya itu pada kuda dan isteri saya.”
Third...kita kenalah menghindarkan diri dari persekitaran yang jelek @ teruk. Seperti yang kita pernah dengar dalam kisah seorang lelaki yang membunuh 100 orang kemudia gurunya berkata kepadanya, “Pergilah ke negeri sana … sesungguhnya disana ada orang-orang yang menyembah Allah dengan baik, maka sembahlah Allah disana bersama mereka dan janganlah kamu kembali ke negerimu, kerana negerimu adalah negeri yang jelek.”
Fourth...Membaca Al-Qur’an dan menghayati makna2 dan isi2 yg terkandung di dalamnya...
Kelima...Kita hendaklah berdoa agar ALLAH menerima taubat kita. Seperti yg Allah telah berfirman yang mengkisahkan Nabi Ibrahim: "Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk dan patuh kepada-MUdan (jadikanlah) di antara anak cucu kami umat yg tunduk dan patuh kepada-MU & tunjukkanlah juga kpd kami akan cara2 &tempat2 ibadat haji kami, dan terimalah taubat kami. Lalu ditambah, Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang "
Melalui doa itu, Al Maraghi ada berkata,Yang dimaksudkan dgn "terimalah taubat kami adalah,"Bantulah kami untuk bertaubat agar kami bisa bertaubat dan kembali kepada-Mu."
Keenam....Kita hendaklah mengetahui & merasakan keagungan Allah yang Maha Pencipta. Para ulama salaf ada berkata, “Janganlah engkau melihat akan kecilnya maksiat, tapi lihatlah keagungan yang engkau derhakai” !!!!!
Ketujuh...Kita hendaklah sentiasa Mmengingati akan sakitnya mati dan kejadiannya yang boleh berlaku pada bila-bila masa.
Kelapan...Kita hendaklah tidak mengasingkan diri kita daripada mempelajari ayat-ayat dan hadis-hadis yang memberi amaran kepada orang-orang yang berdosa(yang mungkin kita terdiri daripadanya...Nauzubillah)
Last skali....Kita bacalah apa2 bahan bacaan & bahan ilmiah yang mengandungi kisah-kisah orang2 yg pernah melakukan kezaliman @ kekufuran...kemudiannya...dia kembali bertaubat dan mengikuti jalan ALLAH....
'Nahnu' kali ni nak share pulak satu website yg agak best dan agak gempakz la jugak..... Bagi mereka yang gemar berkelana @ bermusafir.....website ni patut diletakkan dlm file favourites diorang...(bagi Internet Explorer)...bagi yang guna Mozilla Firefox...sepatutnya awal2 lagi dah bookmark website ni....
Website yang disebutkan ialah website yang membolehkan kita check qiblat secara online..... Nak pegi website tu.....Klik gambar kat bawah ni.... Bagi orang yg melancong ke negara-negara islam....takde ar penting sangat benda ni...sebab kita boleh tanya terus kat bell counter...mana arah qiblat....
Tapi bagi yg bermusafir ke negara-negara yg agama rasminya bukanlah agama Islam....memang diutamakan untuk bukak website ni....
Takpun..bagi mereka yang baru berpindah kerumah baru....takkan nak tunggu tarikh matahari tegak atas ka'bah..baru nak tengok qiblat.....
Bukak je website qiblalocator.com ..... senang je.....
Takyah ragu-ragu betul @ tak arah yang ditunjukkan dlm website tu....sebabnya....line merah yg korang nampak dlm peta tu...line yang straigth kearah ka'bah...x caya check sendiri......
------------------------------------------------------------------------------------------------ So, satu website yg masyuk untuk check qiblat dah di share...&...dah takde apa2 lagi yg 'Nahnu' nak tambah dlm post kali ini.....
Post lepas cite pasal org yang nak ada geng haram...post kali ni lain skit....post kali ni tentang..... ORANG YANG POYO NAK HIDUP SENDIRI.....
Pelik-pelik...boleh ke nak hidup sendiri kat dunia ? Poyo giler....duit pun takkan beranak sendiri...so, camner nak dapat duit kalau x de org lain.....takyah nak poyo ar....time senang bolehla camni...time susah...baru terkial-kial nak carik sesapa untuk dptkan pertolongan.....
Orang yang nak tolong tu pun kira baik ar dia nak tolong....korang yang nak hidup sendiri ni confirm x pernah terdetik nak tolong orang lain..betol x ?
Agak2...camne tahap keimanan bagi org yang nak idop sendiri.... Salah satu hadith Rasulullah S.A.W berbunyi.....
"Tidak beriman seorang kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri."
Dan ditambah baginda lagi....
"Bandingan manusia dan berkasih sayang antara mereka laksana satu badan, bila mana satu anggota merasai sakit maka anggota lain pun turut merasai kesakitannya"
'Nahnu' semakin hari semakin pelik dengan bebudak remaja zaman skarang..... Pelik...memang pelik...bangga dapat join team Apache...Tiga Line...Geng 36..........Bangga giler sampai letak simbol2 diorang kat dlm bilik...atas meja & kat mana2 je la....
Pelik...pelik....bangga sangat ke kalau dapat back-up drp diorang ? Diorang tu betul2 hebat sesangat ke ?
Benda yang paling nak ditekankan oleh 'Nahnu' kat sini ialah....diorang betul2 boleh back-up korang dunia & akhirat ke ? Kalau betul ar diorang boleh back-up kat akhirat nanti takpe ar jugak....kekal...ni...stakat kat dunia je...apa cer ?
Ya..memang ar..korang ckp diorang boleh dtg bila2 tolong korang time bahaya...tapi....time bahaya kena belasah dengan manusia....ada lagi satu bahaya yang lebih besar....BAHAYANYA IALAH KORANG LUPA ALLAH !!!! KORANG AKAN LETAK ALLAH BUKAN TEMPAT FIRST......sedangkan yang korang nak mintak back-up tu adalah sekadar hamba di sisi ALLAH YANG MAHA MULIA....
SUBHANALLAH...MAHA SUCI ALLAH..ALHAMDULILLAH....PUJIAN BAGI ALLAH...ALLAHUKABAR...ALLAH MAHA BESAR....LAILAHAILLALLAH....TIADA TUHAN YANG LAYAK DISEMBAH MELAINKAN ALLAH.....
Papepun....LU PIKIR LA SENDIRI......Ingat...tujuan kita semua dilahirkan di dunia hanyalah untuk mengabdikan dirinya....dan kita semua sekadar Hamba Abdi...
'Nahnu' semakin hari semakin penat untuk menjawab soalan berbunyi...
"Kalau dok sorang2 dalam rumah kena jugak ke cover aurat ?"
Pergh...x terkira berapa ramai dah orang yg tanya kami camtu...terutamanya dikalangan ghulam (budak kecik)....
So, mana lah tahu ada gak yg x tahu apa hukumnya mendedahkan aurat ketika bersendirian....
Merujuk kepada 4 Imam termasyhur..Imam Syafi'e,Imam Ahmad bin Hanbal,Imam Maliki,Imam Abu Hanifah.....
Terdapat dua pendapat yang keluar dari mulut mereka....
Imam Abu Hanifah dan Imam Maliki bersependapat menggariskan hukum mendedahkan aurat secara bersendirian dengan mengeluarkan hujah berbunyi.....
" Sebagaimana dilarang seorang mukallaf(orang yang dituntut beramal dengan suruhan & meninggalkan larangan)...mendedahkan aurat ketika berhadapan dengan orang yang dilarang melihat auratnya, maka demikian juga dilarang melihat auratnya ketika ia bersendirian, kecuali ketika dharurat @ terpaksa dibuka, seperti ketika qodho' hajat(mengeluarkan air besar @ air kecil) @ ketika mandi. Ketika itu harus untuk membukanya "
Namun, Imam Syafi'e dan Imam Ahmad bin Hanbal pula bersependapat dengan hujah....
" Ketika seseorang itu bersendirian, tidak diharamkan membuka auratnya, cuma makhruh kecuali ketika dalam keadaan dharurat. Ketika dharurat itu dia diharuskan membukanya "
Oleh itu, jika anda adalah seorang rakyat Malaysia....kebanyakan rakyat Malaysia dan Jabatan Syariah & Agama Malaysia juga telah banyak melakukan amalan2 harian dengan berpandukan mazhab syafi'e...oleh itu lebih afdhol jika kita mengikut seperti mana yang telah disebutkan oleh Imam Syafi'e....
Istighasah, boleh ke tak?
-
Tengok ada ulamak berbeza pendapat, ada yang tafsir syirik sebab minta
dengan orang mati, ada yang kata tak syirik, sebab bukan minta pada orang
mati, ta...
tentang aku..???
-
Assalamualaikum w.b.t...ismii Abdullah Azzam bin Jailani..macam biase,
tujuan ana dicipta di dunia nie adalah untuk beribadah kepada Allah serta
menjadi ...
Siapa Usaha, Dia Dapat
-
Akbar (tengah).
PENDAHULUAN
Semalam (29 Ogos 2012) adalah tarikh yang cukup istimewa. Keputusan exam
yang diumumkan mengajar aku satu makna yang cukup ...
Mujahadah :)
-
*Alhamdulillah i learned something new today :) *
*Yes it is hard to throw away the bad habit, but you have to believe in His
promise. *
*Yes, you maybe com...
........Sejut@ H@r@p@n........
-
La…la…la
Sejuta harapan
Yang aku sandarkan
Seberkas cahayaMu
Untuk terangi jalanku
Tanpa rahmat ampunMu
Tanpa kasih sayangMu
Hampa terasa hidupku
Ku ingin ...
Outlandish- Updated
-
(note:download lagu ada di bawah sekali entry ni.. Boleh scroll ke bawa
terus jika anda "moro" sejati)
Kali ini aku nak mengajak korang semua pergi lebih j...