Rapatkan sillaturrahim dengan cara >>> INSTALL toolbar kami!

toolbar powered by Conduit

Tuesday, June 23, 2009

23.06.09

Cukup....Berakhir Di Sini.... Umar & Iqkram masih ada.....

مع السلامة - Arabic

さようなら - Japanese

Tot ziens - Dutch

Au revoir - French

Auf Wiedersehen - German

Adiós
- Spanish

k...CHOW....

Salam...Doakan Aku...

Saturday, May 30, 2009

BABI + KACANG = HALAL ?

Salam.....sepanjang ana online mencari idea untuk wat post baru hari ni....tetiba ana terkejut dengan satu gambar yg membuat dahi ana terkerut....korang pun mungkin pelik gak...try ar usha gambar bawah ni sendiri....usha btol2....


Dah Usha ? Yg ana nak hightlightkan kat sini....Camne boleh diluluskan gak penjualan makanan ni ? Malaysia kot....

Memang ar logo halal tu bukan halal JAKIM...tapi still boleh buat org percaya gak yg benda tu halal.....lagi2 kat Sarawak...org2 kat sana dikatakan memang x ambil berat sangat halal @ x..... TAPI x kan ar sampai BABI tu HALAL !!!!!!

So, fikir2 balik...x mustahil jap lagi produk ni sampai kat Semenanjung Malaysia lak.....Harap2 ar kerajaan dpt ambil tindakan pantas....kalau x, bape ramai org Islam yg akan tercemar daging BABI HALAL ni.....Na'uzubillah.....

Tu je kot utk post kali ni...KeTENSIONan exam masih memutar belitkan urat2 kepala & otak.....

Salam keatasmu & Moga sentiasa dicurahkan rahmat & keberkatan dari ALLAH.....

P/S : Harap sape yg dok Sarawak @ ada kenalan kat Sarawak boleh sebar2 kan pasal perkara ni kat sana......

Thursday, May 21, 2009

AIR LIUR itu UBAT.....

Lek...lek...jangan terus berkerut dahi....tajuk x pelik...betol dan sohih lagi.....

Macam x caya kan air liur boleh jadik ubat...lek jgn pelik...baca dulu.......

Menurut laporan yang disiarkan Rabu(nama) di The Journal of Federation of American Societies for Experimental Biology (FASEB), Para-para penyelidik dari Belanda telah mengidentifikasi satu zat di dalam air ludah manusia yang boleh mempercepatkan penyembuhan luka kita.......

Bak kata penyelidik2 tu....diorang dah dapat kesan satu protein kecil di dalam air liur, "Histatin" yang sebelum-sebelum ni skadar dipercayai sebagai pembunuh bakteria kini memberi effect besar dlm penyembuhan luka......

Setelah penyelidikan itu berhasil....kebanyakan orang sudah mula berkata bahawa tidak mustahillah kalau air liur ni boleh gak merawat pesakit2 diabetes yang menderita jikalau terdapat luka2 yg besar(kronik)......

Selain tu...zat tersebut(Histatin) dipercayai memiliki potensi setaraf dengan krim antibiotik dan alkohol gosok.

Para penyelidik Belanda itu berkata,

"Kami berharap penemuan kami pada akhirnya bermanfaat buat orang yang menderita luka yang tak sembuh-sembuh, seperti buruk di kaki dan luka akibat diabetes, serta bagi penghidap luka yang mengakibatkan trauma seperti luka terbakar" , kata Menno Oudhoff, penulis pertama laporan tersebut.

Kemudiannya...Gerald Weissmann yang menyandang jawatan Pemimpin Redaksi FASEB Journal turut menambah,

"Hasil penyelidikan ini bukan hanya menjawab pertanyaan biologi mengenai mengapa haiwan menjilati luka mereka."

"Itu juga menjelaskan mengapa luka di mulut, seperti luka setelah pencabutan gigi, sembuh jauh lebih cepat dibandingkan dengan luka pada kulit dan tulang. Itu juga mengarahkan kita untuk mulai memandang air ludah sebagai satu sumber bagi ubat baru."

------------------------------------------------------------------------------------------------

Ana lepas habis baca benda ni....kadang2 teringat gak....dulu mak ana pernah gak kata....jilat luka kat jari ni petua orang dulu2 untuk sembuh.....tapi orang2 zaman skarang, bila dengar petua orang dulu2....terus bukak mulut, "Hek Eleh..tu orang2 zaman dulu...skang zaman dah berubah la...."

Erm...apa boleh buat...jap lagi mula ar nak kecoh...air liur tu ubat la....

Penyelidik2 Belanda tu pun mesti kalau dia jumpa moyang2(atau mungkin juga ibubapa) kita yg masih hidup dan lahir sebelum MALAYSIA MERDEKA....confirm, penyelidik2 Belanda tu balik semula negara diorang sambil pegang buku untuk cover muka....

Papepun....dah tahu satu petua berguna ni jangan lak buat tabiat time kita kecik2 dulu...(hisap jari)......

Ha....tu jelah kot....nak sebarkan ? sebarkan lah...[kalau boleh kasi link bog ni skali....he...he..]

Tuesday, May 19, 2009

Terilhamnya Puisi Semasa Exam......

Aduh...Examination week ternyata memberi effect yg banyak....Tapi sebagai Blogger yg x nak kecewakan sape yg nak baca blognya...terutamanya para followers, ana terpaksa cari ruang untuk buat post baru.....

Sebenarnya...idea tercetus selepas habis jawab exam....tetiba ternampak sehelai kertas kosong...(kertas exam B.I 2 yg lebih)..apa lagi...mula ar menggerakkan pensel kat kertas tu.....

Tapi malangnya...lepas naik semula kat kelas lepas habis solat...kertas tersebut telah 'flying without wings' kat seorang banat....so, banat tersebut tanpa usul periksa...dia terus ambik kertas tu...(dia ingat dia punya kot ?)...terus masukkan ke dalam beg dia.....Adoyai...nasib2....

Takpe...sebab kan ana yg tulis apa yg ada kat kertas tu..confirm ar ingat...tapi terpaksa edit skit...sebab tadi terilham ayat2 gramatis skit...tapi skang dah lupa ayat2 mantop tu...so, ganti ngan ayat biasa....
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Puisi yg terilham :

JANGAN LUPA WAHAI PEMUDA

Tertitis air mata oleh Si Tua
Sebaik seusai menonton berita
Penderitaan dan Penyeksaan yang dilihatnya
Penyebab sebak hadir di dada

Duhai penyewa dan penghuni alam semesta
Apakah mustahil esok hadirnya derita
Sedang hari ini kita bangga bersama harta dan takta
Usahlah lupa kekuasaan Yang Esa

Jika terusik telinga dengan bunyi ambulan
Janganlah pula tertanya siapa si pesakit
Jika mulutmu masih boleh berkata-kata
Janganlah lupa mengucap syukur

Belumnya pasti tarikh terakhir
Esok pun mungkin mata menjadi putih
Bagaimana Tuhan mahu mengampun
Sedangkan kita hamba tidak memohon


-------------------------------------------------------------------------------------------------
Sekian....Harap di fikir bersama makna setiap rangkap....kalau x tahu boleh tanya.....para administrator sedia menjawab....salah seorangnya merupakan ANAK KETUA PANITIA BAHASA MELAYU......

Salam keatasmu & Moga sentiasa dicurahkan rahmat & keberkatan dari ALLAH.....

Tuesday, May 12, 2009

Pemanduan Gaya Terkini....MODENAS GT 128






Motorsikal Dan Enjin Nasional (MODENAS) Sdn. Bhd. telah mengeluarkan satu motorsikal yang berteraskan pemanduan selamat + Gaya hidup Terkini.....

Motorsikal yang diberi nama GT128 kini telah mula dianggunkan di jalan-jalan seluruh Malaysia...

Apa yang menariknya...motorsikal ini dilengkapi dengan ciri2 enjin yang baik....dan yang menambah keselesaan penunggang & pembonceng GT128 ini ialah...enjinnya yang agak kurang sikit bisingnya berbanding motor2 lain....

------------------------------------------------------------------------------------------------

Bawh ni ana dah type Spesifikasi lengkap Modenas GT128.....
-------------------------------------------------------------------------------------------------


ENJIN
dye >>> :
  • Type-------------------------------------4-stroke, 1 cyl, SOHC
  • Bore X Stroke---------------------------53.0 x 59.1 mm
  • Displacement---------------------------130
  • Compression----------------------------Ratio 10:1
  • Carburetor------------------------------KEIHIN NCV24
  • Ignition System-------------------------DC-CDI
  • Starting System-------------------------Dual Starter (Kick and Electric starter)
  • Cooling System--------------------------Air cooled
  • Lubrication------------------------------Forced lub, wet



TRANSMISSION
dye lak >>>>>





  • Type--------------------------------------4-speed rotary (down)
  • Clutch-----------------------------------Centrifugal and wet
  • Primary Reduction----------------------Ratio 3.000 (69/23)
  • Final Reduction--------------------------Ratio 2.800 (42/15)
  • Driving System--------------------------Chain
CHASIS a.k.a KERANGKA MODEL dye lak >>>



  • Type--------------------------------------Pipe backbone
  • Front Suspension------------------------Telescopic fork
  • Rear Suspension-------------------------Trailing Swing
  • Front Brake-----------------------------Single disc
  • Rear Brake-------------------------------Single disc

SISTEM ELEKTIK dye di support oleh BATERI yang berkuasa 12V3.5Ah


-------------------------------------------------------------------------------------------------

Konklusi dye...motor ni memang smart ar untuk antum/antunna nak pakai.....bwk laju pun x rasa cam remp-it sangat...sebab enjin dia boleh dikatakan smooth cam motor scooter gak ar.......

-------------------------------------------------------------------------------------------------

He...He...ubah angin...tulis pasal moto lak...x salah kan ?
SOKONGLAH PERNIAGAAN BUMIPUTERA.....(adeh, cam banner Carigold kat bwh[footer blog ni] lak......he...he...)

Salam keatasmu & Moga sentiasa dicurahkan rahmat & keberkatan dari ALLAH.....

Monday, May 4, 2009

TIDAK kepada SAMBUTAN MERDEKA !!!!

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah....

Ternyata x de perasaan selain syukur & lega yg dtg secara terus menerus selepas ana mendengar daripada seorang sahabat ana satu berita yg menggembirakan.....

Lega bila dia kata x de sambutan merdeka tahun ni....lagi lega bila dia kata bukan tahun ni je.. 5 tahun akan dtg pun sama...ALHAMDULILLAH....

Kerajaan telah pun bersepakat mengatakan tiada sambutan kemerdekaan yg ke 52 dengan tidak menulisnya pada kalendar rasmi bulan kemerdekaan ogos-september tahun ni....

Memang ar....tengok ar kalendar...serentak dengan ramadhan-syawal kot....x kan ar nak buat gak.....

Ada gak ditulis kat dalam web Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, acara2 bercorak keagamaan akan diadakan time tu sebagai program sambutan kemerdekaan negara yang kebetulan jatuh pada bulan Ramadan....

Aktiviti2 yg menarik dah pun di tulis sebagai perancangan oleh Kerajaan contohnya,
  1. Sayembara Puisi Merdeka di Ipoh pada 13 Jun,
  2. Pertandingan Kuiz Kemerdekaan 2009 di Melaka pada 9 Julai
  3. Pertandingan Akhir Debat Kemerdekaan Ala Parlimen di Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai pada 18 Ogos.
Standard ar dari dulu...17 Ogos hingga 16 September ialah Bulan kemerdekaan...tapi buat tahun ni CANCELLED !!!

Yang ganti benda tu ialah Majlis Semarak Ramadan dan Gema Aidilfitri.....

Kalau x caye gak...usha ar gambar bawah ni....

-------------------------------------------------------------------------------------------------
So, jom ar sama2 ucap ALHAMDULILLAH....Jangan lak ada yg kata....

" Adoyai...tahun ni aku x leh ar nak tambah jumlah kondom yg akan dikutip oleh DBKL "


NAUZUBILLAH.....


Kalau nak tengok memang banyak pun keburukan & perkara2 x senonoh dah biasa berlaku.. boleh kata cam perkara yg dah wajib ar...maksiat,zina & etc..... time malam merdeka.... x caye boleh baca apa yg dah di 'type' penat2 oleh sorang sahabat ana dlm blog beliau....


Sampai tiga post dia type..tiga-tiga best giler ar....so, rugi kalau korang x luangkan masa yang sikit je untuk korang lepak baca apa yg beliau dah tulis kat situ.....

-------------------------------------------------------------------------------------------------
So, harap x de yg SEDIH,BENGANG,HAMPA & etc... lepas baca post ni...... & memang x de guna ar gak kalau post ni korang x ceritakan kat kawan @ family @ jiran @ mushu @ sesape je la pasal benda ni.....

Salam keatasmu & Moga sentiasa dicurahkan rahmat & keberkatan dari ALLAH.....

Sunday, May 3, 2009

Add-on terbaik untuk muslim (Firefox User Only)

Bismillahirahmanirahim...

Post ana kali ini ialah tentang sebuah add-on yang ana jumpa dari website Mozilla Firefox. Add-on ini khas untuk orang yang tak ada kerja lain selain menatap internet dari pagi sampai petang.

Semestinya orang yang surfing internet akan leka, leka dan terus leka , lalu mulalah merungut terlupa siapkan homework, lewat gosok baju dan yang paling ana takuti ialah tertinggal solat...

Kalau setakat terlupa siapkan homework boleh dimaafkan lagi.. Tapi kalau tertinggal solat,tak tahu nak cakap macam mana.....

Sebagai penyelesaian, ana rasa add-on ini boleh membantu (Firefox User Only). Add-on ini dilengkapi dengan waktu solat lengkap. Ia juga automatik mengAZANkan anda apabila tiba waktu solat. Dan yang paling best tentang add-on ini ialah kita boleh download azan... Azan Mekah, Azan Medina, Azan Al-Aqsa pun ada...

Sebagaimana yang kita ketahui, solat ialah tiang agama. Cuba kita bayangkan KLCC tidak mempunyai rangka konkrit, kemungkinan besar Malaysia akan hilang kemegahannya. Ketahuilah kita bahawasanya solat ialah perkara pertama yang akan dihisab di akhirat kelak.

Ana rasa itu saja daripada ana dan jika mempunyai soalan mengenai add-on ini, bolehlah pergi ke Homepage add-on ini @tau komen dan ana dan para administrator yang lain akan balas secepat yang mungkin.

Assalamualaikum......

Wednesday, April 29, 2009

Tanda orang yang telah diterima TAUBATnya



Bermulalah alkisah pada zaman dahulu,seorang ahli hikmah pernah ditanya tentang taubat yang dilaksanakan oleh seorang hamba yang dibelengu kesedihan : "Adakah seseorang itu boleh mengetahui bahawa taubatnya diterima atau tidak?".

Lalu ahli hikmah itu menjawab dengan mengatakan bahawa beliau tidak boleh memberi keputusan tentang hal itu.Kemudian beliau memberitahu sekadar tanda-tandanya sahaja. Iaitu :-

1. (Seseorang yang telah bertaubat itu)melihat bahawa dirinya masih belum suci dari dosa.

2. Dia melihat bahawa perasaan gembira telah hilang dari hatinya,lalu datang
perasaan sedih.

3. Dia suka mendekati orang-orang yang baik dan menjauhi orang-orang yang jahat.

4. Walaupun sedikit rezeki yang diperolehi di dunia,tetapi dia tetap melihatnya banyak.Walaupun banyak amal akhirat,tetapi dia tetap melihatnya sedikit.

5. Dia sentiasa menjaga lidah,penglihatan dan selalu bertakafur serta tetap dalam keadaan sedih dan menyesal.

Adakah anda tergolong dalam golongan diatas??
Dimanakah pendirian anda?
Fikir-fikirkanlah...

Bila Expired Date nya ?

Sezahirnya mata itu utk melihat.....Ada yg melihat benda baik....Ada yg melihat benda buruk...
Sezahirnya telinga itu utk mendengar...Ada yg dengar kata2 baik...Ada yg dengar kata2 lagho....
Sezahirnya tangan itu utk memegang...Ada yg pegang benda halal...Ada yg pegang benda haram.....
Sezahirnya lidah itu utk berkata2....Ada yg berkata benda baik...Ada yg berkata benda haram.....

O.K...cukup 4 pancaindera tu....Sememangnya jika ditanya ? Kita semua akan berkata 'Oh..Syukurnya !!'.....Namun, dengan apa yg telah dinikmatkan...pernah x agak2 nya kita menggunakannya ke arah benda yg x baik ? X yah tunggu jawapan...mustahil jika x ada....

---------------------------------------------------------------------------------------------------
Nauzubillah...agak2 nya akan tiba x satu hari dimana suara kita hilang (bisu)..... mata hanya bisa melihat hitam (buta).... telinga sentiasa berdengung (pekak) & tangan menjadi kudung....

Semua diluar dugaan kita dan hanyalah ALLAH YANG MAHA BERKUASA saje yg boleh menetapkan kesemua perkara itu akan berlaku ke atas kita @ tidak....

Akan wujudnya kah jam yg boleh mengingatkan kita bila expirednya pancaindera kita ? Hatta....jika ditawarkan kepada pencipta jam terhebat di dunia utk menciptkaan jam ini....pasti perkataan yg akan keluar daripada mulutnya berbunya....GILA !!!!

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Ingatlah...HANYALAH ALLAH YANG MAHA BERKUASA....sememangnya DIA sahaja yg boleh menarik balik apa yg dipinjamkan....

Bersyukurlah selalu...ucaplah ALHAMDULILLAH sebanyak mana yg mungkin....

.........................................................................................................................................................................

-[sekadar selingan....]-




Lirik :

Yassin:
ult li albi bissaraha (I'm opening up my heart with honesty)
hayya nab'idil karaha
(Let's avoid the hated and hatred)
syakkireena a' kulli ni'ma
(Let's remain thankful with what we have)
ba' ideena anil fattana
(Let's avoid all lies and sins)

Malique:
merenungi luar jendela,mengagumi kebesaran yang Maha Esa
ku menilai kehidupan dari sudut berbeza
tak memadai hanya kecapi rasa selesa
maukan harta yang mampu beli 1 semesta
berpesta ke pagi botol bergelimpangan
kekasih muda bukan takat berpegang tangan
harta dan jamuan nafsu tidak berkekalan
bila menjelang tua bukan itu jadi bekalan
dan jangan puisi ini disalah tafsir pula
bukan berkhutbah cuma betuli diri jua
ingin hidup sempurna aset nilai berjuta,
saling tukar wanita,senyum dan mati tua
bakat dikurnia jangan disalah guna
jangan kufur nikmat yang diberi percuma
guna kelebihan untuk hikmah bersama
jagalah nama hidup penuh pementasan dan drama
ada berisi ada yang kurus,ada melencong ada yang lurus bukan semuanya tulus
ada sempuna ada kurang upaya ada yang jadi buta hanya bila sudah kaya
sebesar rumah bermula dengan sekecil bata,boleh hilang dalam sekelip mata
ucaplah alhamdulillah bukannya sukar, kerna semua nak kaya atau besar
tetap Allahuakbar!!!


Yassin:
ult li albi bissaraha (I'm opening up my heart with honesty)
hayya nab'idil karaha
(Let's avoid the hated and hatred)
syakkireena a' kulli ni'ma
(Let's remain thankful with what we have)
ba' ideena anil fattana
(Let's avoid all lies and sins)

Joe Flizzow:
jadikanlah ku tentera Fisabilillah yang tertera di kalimah harap memanduilah
entah apabila persimpangan tiba,hidup penuh rintangan harus kuhadapinya
harapku tidak terlupa diri bila gembira,dan cuma mula mencari kau disaat hiba
ku cuma manusia penuh dengan kesilapan tapi bisa membezakan cahaya dan kegelapan
tabah bila dihalangan duri onak dan cobaan
teguh bila dicobakan keruh kuasa dan perempuan
sentiasa legar diminda,dikejar dan dipinta dari zaman bermula hingga ke akhirnya
ku mengerti siapa ku tanpamu disisi dan apa guna posesi juga posisi
sementara ini cuma hanya puisi,nukilan tulisan dan bisikan isi hati
mencari keterangan,menjiwai peranan menepati pesanan janji juga saranan
alhamdulillah atas kurniaan rezeki,moga tidak terleka dalam perjalanan ini

Yassin:
ult li albi bissaraha (I'm opening up my heart with honesty)
hayya nab'idil karaha
(Let's avoid the hated and hatred)
syakkireena a' kulli ni'ma
(Let's remain thankful with what we have)
ba' ideena anil fattana
(Let's avoid all lies and sins)

Ahli Fiqir:
aku yang memandang di dalam lubuk hati,mencari-cari zat rahsia yang katanya tersembunyi
aku yang melihat alam meliputi wujud menyertai lalu ku pindahkan alam ke dalam mata hati
aku hakiki,aku mengerti segala yang terjadi di langit dan di bumi
gunanya tiada fantasi, pelik dan benar,qada' dan qadar kau berilah ku kekuatan
agar dapat ku hindarkan segala kesesatan
usah kau biar nafsuku terliur dari pandangan majazi ini,
aku yang hodoh lagi hina amat benar merindui
moga cahaya lailatul tak membutakan mataku,semoga segala puji tak ku meninggi diri
moga segala janji dapat juga ku penuhi,moga dapatku hadapi tikaman dari belakang
lidah setajam pisau, ku tidak akan risau dengan cabaran sepanjang perjalanan
ku pasrah ku akur 7,8,6 Alhamdulillah Syukur...


Yassin:
ult li albi bissaraha (I'm opening up my heart with honesty)
hayya nab'idil karaha
(Let's avoid the hated and hatred)
syakkireena a' kulli ni'ma
(Let's remain thankful with what we have)
ba' ideena anil fattana
(Let's avoid all lies and sins)

-[sekadar selingan....]-

.........................................................................................................................................................................
Syukran kerana tlh membaca post ini...tiba masanya utk sebarkan....

Salam keatasmu & Moga sentiasa dicurahkan rahmat & keberkatan dari ALLAH.....

Dalang Penghancuran Islam


nama beliau adalah EHUD OLMERT... jawatan beliau sebagai PERDANAmenteri ISRAEL... beliau dilebelkan sebagai orang paling dibenci di dunia hari ini..... Sikap meluat mereka kepada Olmert berpandukan kepada beberapa kenyataan yang dibuatnya berhubung tindakan rejim Yahudi melancarkan serangan ke atas rakyat PALSETINE di GAZA...
Matlamatnya adalah memusnahkan rakyat PALESTINE, khasnya pejuang HAMAS....
Di negara2 yang menyokong tindakan OLMERT itu, penerimaan mereka adalah berbeza...
Mereka melihat OLMERT sebagai wira yang kononnya mempertahankan maruah rakyat YAHUDI dan tanah air meeka sebagai bangsa YAHUDI....
Kita seharusnya membenci atau boycott orang yang telah membunuh lebih 1,314 rakyat PALESTINE di GAZA....

Tuesday, April 28, 2009

Online Tilawah....

Dunia dah maju....Zaman dah berubah....

Kini....semua benda boleh on9...buku pun dah x payah.... bukannya x payah ada langsung...tapi x kan nak bwk sentiasa buku2.....

Apa yg membezakan baca buku & tilawah Al-Quran...ternyata 2 itu ketara bezanya.... tapi ada satu yang paling besar di antara perbezaan yg lain...Membaca Al-Quran itu adalah satu Ibadah dan Sunnah....

Jadi....mungkin...bagi mereka yg berkelana...ketika di dalam kenderaan yg masih bergerak... & ... boleh online...(menggunakan broadband)....jika tidak ada idea apakah yg boleh mengisi waktu yg membosankan itu...bolehlah mengisi waktu itu dengan membaca al-quran....

Tiada wudhu' ? Confirm bukan satu masalah....sebabnya...

Ni tilawah secara on9 la..... try klik link bwh ni....

http://www.quranflash.com/en/quranflash.html

ha..amacam ? secara digital & real view tu....

syukran jazilan bagi sape yg create website tu....juga bagi sape yg dah baca post ni sampai sini....

Salam keatasmu & Moga sentiasa dicurahkan rahmat & keberkatan dari ALLAH.....

Bukan Skarang....Kapan Lagi ?

-Teringat Al-Awqat sebelum bermulanya-

Sempena bulan 4....Sek.Men.Sri.Al-Amin.Bangi telah mengisikan bulan April dengan sesuatu yg ternyata jauh lebih bijak & indah drp April Fool yg datangnya dari Kuffar....

Bulan April tidak disebut sebagai bulan April @ bulan ke-empat...bulan ini ditukar kepada bulan....
- TAJDEED -

Tajdeed itu setelah di'translate'kan ke Bahasa Melayu....akan berbunyi...Memperbaharui...

Mahu barukan apa ? Ternyata sikap,akhlaq & perangai bdk2 al-amin menjadi jawapan.....

Sekarang bukan masanya untuk berceloteh mengenai apa itu bulan tajdeed....kerana...skarang ini sudah masuk minggu ke-4....dan juga....merupakan minggu terakhir @ minggu penutup Bulan Tajdeed ?

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Skarang minggu terakhir...3 minggu sebelum ni..adakah cukup aku ber'tajdeed'kan diri sendiri.... mungkin jika aku sudah benar2 cukup skalipun....ia takkan cukup...slagi masih ada yg terpesong.....

Pelik....bila mahu berubah...tidak cukupkah dengan masa 1 bulan yg diberikan ? Mahu tunggu sampai bila ?

Kalau bukan skarang....bila lagi ? Mahukah kamu biarkan peta dibawah ini menjadi putih kesemuanya ?

- Ya ALLAH...SELAMATKAN BUMI SUCI FALASTINA -

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Usah Berlengah lagi....NO MORE !!!! TO >>> jap lagi ar..nanti2 je...esok lusa ada lagi....

Bila lagi ? Dua keadaan dimana taubat tidak lagi diterima ialah ketika....

  1. NYAWA DI HALQUM
  2. TERBIT MATAHARI DARI BARAT
So, masih ada masa.....

IT'S TIME FOR TAJDEED...sebenar2.....TAJDEED....

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Syukran kerana sudi baca....

Salam keatasmu & Moga sentiasa dicurahkan rahmat & keberkatan dari ALLAH.....



Saturday, April 25, 2009

Di Manakah Pendirian Itu ?


'Nahnu' lihat menara Pisa itu.....memang ia tetap...tetap berdiri teguh...'Nahnu' pasti sebab utamanya ialah asas binaannya yang kuat.....

Post ini ternyata bukan untuk berceloteh tentang menara itu...post ini tentang PENDIRIAN....

-------------------------------------------------------------------------------------------------

'Nahnu' bawa satu kisah.....kisah yang melibatkan seorang beragama Hindu sedang mengukir patung untuk disembah dan seorang MUSLIM yg bijak.....

Alkisah bermula.....

Seorang Muslim bertanya kepada seorang Hindu....apakah syarat bagi seorang pengukir patung untuk disembah oleh orang lain ?

Jawab si Hindu tersebut memang ringkas....

" Kalau kamu mahu buat sama itu patung....bukan senang....bukan semua orang boleh buat patung sendiri....hanya bagi sesiapa yang dapat mimpi atau ilham sahaja boleh buat patung itu..."

" Oh..camtu....okeylah...chow dulu..." si Muslim yg bijak itu memberambuskan diri drp tempat berlakunya dialog.....

Apa yg bijaknya ? X bijak pun......

RiLekS....cite belum habis.....

Esoknya....

Si Hindu tersebut berasa agak tidak puas hati...darahnya menaik dan menurun secara berterusan selama beberapa saat....

Lalu...muncullah balik si Muslim yang bijak itu....dtg kepada si Hindu tersebut dengan relax dan bertanyakan satu soalan....

" Ane....apa macam ? Kelam kabut saja nampak....."

"Patung yang sendiri saya ukir itu sudah pecah...aiyo...saya tak tahu sebab apa...."

"Ooo...Ane...semalam saya ada dapat satu mimpi...saya mimpi....saya kena pecahkan patung itu....."

Si Hindu tersebut kehairanan sedikit....tapi entah sebab apa...dia x marah langsung..... dan kata2 terakhir sebelum berambus dia berbunyi,

"Ooo...itu macam...takpalah saya balik dulu..."

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Pelik.....mana pendirian itu ? Pendirian yang teguh itu ternyata penting......

Keputusan yang dilakukan oleh diri sendiri ternyata memerlukan pendirian.....Jika benar apa yang kita lakukan itu baik...dan ternyata tidak bercanggah dengan mana2 hukum & syara' Islam....pasti Ianya satu perkara yg benar.......

Jika sudah melakukan satu perkara yang benar...pertahankanlah ia.....

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Sekian, satu kisah telah dikongsikan......kisah yang bersumberkan oleh naqeeb tukang kata...tapi ada beberapa bahagian yang di 'edit' untuk mensedapkan jalan cerita.....

Syukran...kerana sudi membaca....

Salam keatasmu & Moga sentiasa dicurahkan rahmat & keberkatan dari ALLAH.....

Monday, April 20, 2009

TEH CAP MASJID...JANGAN TERTIPU !!!







JANGAN TERTIPU DENGAN NAMA !!!!

KURANG HAJO SUNGGUH !!! Guna nama & gambar masjid.....

Sebuah syarikat yang mengeluarkan serbuk teh sesedap je nak mengaku tak bersalah kat Mahkamah Majistret Selayang time 14 Feb 2009 diatas dua tuduhan mencampurkan bahan pewarna ke dalam serbuk teh yang dikeluarkan pada 13 Oktober 2005

Teh Cap Masjid dikeluarkan oleh Syarikat Teh Wangi Ros Sdn. Bhd. beralamatkan No 371, Jalan 20, Taman Ehsan Jaya, Batu Caves. Syarikat tersebut telah didakwa melanggar syarat Peraturan 260(3)Peraturan-Peraturan Makanan 1985 disebabkan mencampuri bahan pewarna ke dalam serbuk teh, sedangkan mana-mana serbuk teh di Malaysia tidak dibenarkan dicampur dengan apa2 jenis pewarna......

Time 14 Feb 2009 dulu, syarikat tu di dakwa dibawah Seksyen 13B(1) Akta Makanan 1983
dan dibaca bersama Seksyen 13B(2) dibawah akta yang sama(Akta Makanan 1983) dan boleh didenda maksimum sebanyak RM20,000 @ penjara lima tahun @ kedua-duanya jika sabit kesalahan bagi setiap satu kesalahan.........

Mengikut apa yang di dakwakan, dua pegawai penguat kuasa Jabatan Kesihatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Gombak secara terus membuat pemeriksaan ke premis kilang dan mengambil dua pek baru TEH GURU CAP MASJID & TEH WANGI CAP ROS sebagai sampel.....
Pada keesokan harinya, kedua-dua sampel tersebut dihantarkan ke Jabatan Kimia dan hasil daripada kajian tersebut secara terang mengesahkan tuduhan lalu apabila pewarna sunset FCF yang telah dilarang untuk dicampurkan bersama serbuk teh berjaya dijumpai.....

Pengurus syarikat yang mengeluarkan teh tersebut, Lee Chooi Moi, 40, hadir membuat pengakuan tidak bahawa mereka tetap tidak bersalah serta kemudiannya memohon masa perbicaraan untuk melantik peguam.....

Majistret Ahmad Rizki Abdul Jalil menetapkan perbicaraan kes itu dilanjutkan kepada Jumaat ini bersamaan 25 April 2009.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Adoyai...pelik2...pengurus Cino....nak gak pakai nama CAP MASJID...pakai la CAP TOKONG lain kali....

Confirm...mesti ada niat nak rosakkan orang Islam...haish....sepandai-pandai tupai melompat.....takkan masuk olimpik jugak....apatah lagi Commanwel takpun SUKAN SEA.....

PS : Aiya....dulu PAU AHMAD...sikalang...TEH CAP MASJID....lor.....







-------------------------------------------------------------------------------------------------

Tu je ar nak share....slagi belum tamat perbicaraan Jumaat ni...slagi tu 'nahnu' rasa nak bagi se'das' je kat pengurus dia....merosakkan nama MASJID je...

Syukran kerana sudi habiskan bape minit untuk baca....

Salam keatasmu & Moga sentiasa dicurahkan rahmat & keberkatan dari ALLAH.....

Menuju Taubat......

"Aduh..lu sibuk apa ha ? Aku buat dosa jap lagi aku taubat ar....esok aku buat dosa pun...lepastu aku taubat balik..."

B*d**h....ternyata...b*d*h....lu pikir taubat tu apa ? Taubat tu macam tarik tali ? lepas dia tarik...aku tarik ar balik...

Cuba kalau bahagian tali tu dah lepas garisan pihak lawan ? So, kalah camtu je ar...x sempat tarik balik.....

Kalau nak taubat....esok lusa x sempat ? Nak buat camne lak.....

Ye ar...mungkin korang x pernah diajar taubat tu camne....So, baca post yg 'Nahnu' dah penat2 type ni sampai habis....

Jalan Menuju Taubat ada sepuluh bahagian....iaitu...

First skali.....Kita kena tahu tentang hakikat & apa itu taubat.....Hakikat taubat terdiri daripada.... Mula-Mula menyesal....lepas tu....meninggalkan kemaksiatan tersebut dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Sahal bin Abdillah pernah berkata, “Tanda-tanda orang yang bertaubat adalah, Dosanya telah menyibukkan dia dari makan dan minumnya. Seperti kisah tiga sahabat yang tertinggal perang yang popular tu”

Second...kita kena merasakan apakah akibat & kesan daripada dosa yang kita lakukan. Ulama salaf ada berkata: “Sungguh ketika saya maksiat pada Allah, saya boleh melihat akibat dari maksiat saya itu pada kuda dan isteri saya.”

Third...kita kenalah menghindarkan diri dari persekitaran yang jelek @ teruk. Seperti yang kita pernah dengar dalam kisah seorang lelaki yang membunuh 100 orang kemudia gurunya berkata kepadanya, “Pergilah ke negeri sana … sesungguhnya disana ada orang-orang yang menyembah Allah dengan baik, maka sembahlah Allah disana bersama mereka dan janganlah kamu kembali ke negerimu, kerana negerimu adalah negeri yang jelek.”

Fourth...Membaca Al-Qur’an dan menghayati makna2 dan isi2 yg terkandung di dalamnya...

Kelima...Kita hendaklah berdoa agar ALLAH menerima taubat kita. Seperti yg Allah telah berfirman yang mengkisahkan Nabi Ibrahim: "Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk dan patuh kepada-MUdan (jadikanlah) di antara anak cucu kami umat yg tunduk dan patuh kepada-MU & tunjukkanlah juga kpd kami akan cara2 &tempat2 ibadat haji kami, dan terimalah taubat kami. Lalu ditambah, Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang "

Melalui doa itu, Al Maraghi ada berkata,
Yang dimaksudkan dgn "terimalah taubat kami adalah,"Bantulah kami untuk bertaubat agar kami bisa bertaubat dan kembali kepada-Mu."

Keenam....Kita hendaklah mengetahui & merasakan keagungan Allah yang Maha Pencipta. Para ulama salaf ada berkata, “Janganlah engkau melihat akan kecilnya maksiat, tapi lihatlah keagungan yang engkau derhakai” !!!!!

Ketujuh...Kita hendaklah sentiasa Mmengingati akan sakitnya mati dan kejadiannya yang boleh berlaku pada bila-bila masa.

Kelapan...Kita hendaklah tidak mengasingkan diri kita daripada mempelajari ayat-ayat dan hadis-hadis yang memberi amaran kepada orang-orang yang berdosa(yang mungkin kita terdiri daripadanya...Nauzubillah)

Last skali....Kita bacalah apa2 bahan bacaan & bahan ilmiah yang mengandungi kisah-kisah orang2 yg pernah melakukan kezaliman @ kekufuran...kemudiannya...dia kembali bertaubat dan mengikuti jalan ALLAH....

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Setakat itu yg 'Nahnu' boleh kongsi tentang cara-cara untuk menuju taubat yang sebenar....

Syukran kerana sudi membaca....

Salam keatasmu & Moga sentiasa dicurahkan rahmat & keberkatan dari ALLAH.....

Saturday, April 18, 2009

CHECK QIBLAT HERE.....

Salam keatas pembaca....

'Nahnu' kali ni nak share pulak satu website yg agak best dan agak gempakz la jugak.....
Bagi mereka yang gemar berkelana @ bermusafir.....website ni patut diletakkan dlm file favourites diorang...(bagi Internet Explorer)...bagi yang guna Mozilla Firefox...sepatutnya awal2 lagi dah bookmark website ni....

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Website yang disebutkan ialah website yang membolehkan kita check qiblat secara online.....
Nak pegi website tu.....Klik gambar kat bawah ni....

Bagi orang yg melancong ke negara-negara islam....takde ar penting sangat benda ni...sebab kita boleh tanya terus kat bell counter...mana arah qiblat....

Tapi bagi yg bermusafir ke negara-negara yg agama rasminya bukanlah agama Islam....memang diutamakan untuk bukak website ni....

Takpun..bagi mereka yang baru berpindah kerumah baru....takkan nak tunggu tarikh matahari tegak atas ka'bah..baru nak tengok qiblat.....

Bukak je website qiblalocator.com ..... senang je.....

Takyah ragu-ragu betul @ tak arah yang ditunjukkan dlm website tu....sebabnya....line merah yg korang nampak dlm peta tu...line yang straigth kearah ka'bah...x caya check sendiri......

------------------------------------------------------------------------------------------------
So, satu website yg masyuk untuk check qiblat dah di share...&...dah takde apa2 lagi yg 'Nahnu' nak tambah dlm post kali ini.....

So, 'Nahnu' mengucapkan...

Syukran kerana sudi membaca....

Salam keatasmu & Moga sentiasa dicurahkan rahmat & keberkatan dari ALLAH.....

Aku punya hal...Ko punya hal...

Salam keatas pembaca....

Post lepas cite pasal org yang nak ada geng haram...post kali ni lain skit....post kali ni tentang.....
ORANG YANG POYO NAK HIDUP SENDIRI.....

Pelik-pelik...boleh ke nak hidup sendiri kat dunia ? Poyo giler....duit pun takkan beranak sendiri...so, camner nak dapat duit kalau x de org lain.....takyah nak poyo ar....time senang bolehla camni...time susah...baru terkial-kial nak carik sesapa untuk dptkan pertolongan.....

Orang yang nak tolong tu pun kira baik ar dia nak tolong....korang yang nak hidup sendiri ni confirm x pernah terdetik nak tolong orang lain..betol x ?

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Agak2...camne tahap keimanan bagi org yang nak idop sendiri....
Salah satu hadith Rasulullah S.A.W berbunyi.....

"Tidak beriman seorang kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri."

Dan ditambah baginda lagi....

"Bandingan manusia dan berkasih sayang antara mereka laksana satu badan, bila mana satu anggota merasai sakit maka anggota lain pun turut merasai kesakitannya"

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Gunakanlah sebahagian daripada akal ko untuk fikir benda camni.....

Ingat....Korang TAKKAN BOLEH LAHIR SENDIRI....kena ada parents gak......

LU PIKIR LA SENDIRI.....

Syukran kerana sudi membaca....

Salam keatasmu & Moga sentiasa dicurahkan rahmat & keberkatan dari ALLAH.....

Back-Up drp Geng Haram...

Salam keatas pembaca...

'Nahnu' semakin hari semakin pelik dengan bebudak remaja zaman skarang.....
Pelik...memang pelik...bangga dapat join team Apache...Tiga Line...Geng 36..........Bangga giler sampai letak simbol2 diorang kat dlm bilik...atas meja & kat mana2 je la....

Pelik...pelik....bangga sangat ke kalau dapat back-up drp diorang ? Diorang tu betul2 hebat sesangat ke ?

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Benda yang paling nak ditekankan oleh 'Nahnu' kat sini ialah....diorang betul2 boleh back-up korang dunia & akhirat ke ? Kalau betul ar diorang boleh back-up kat akhirat nanti takpe ar jugak....kekal...ni...stakat kat dunia je...apa cer ?

Ya..memang ar..korang ckp diorang boleh dtg bila2 tolong korang time bahaya...tapi....time bahaya kena belasah dengan manusia....ada lagi satu bahaya yang lebih besar....BAHAYANYA IALAH KORANG LUPA ALLAH !!!! KORANG AKAN LETAK ALLAH BUKAN TEMPAT FIRST......sedangkan yang korang nak mintak back-up tu adalah sekadar hamba di sisi ALLAH YANG MAHA MULIA....

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Pelik...pelik.....takut sakit dibelasah manusia....tapi x takut sakit DIBELASAH API NERAKA ?

Apa cer ?

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Fikir la...korang takut kena belasah manusia....tapi korang tak takut kalau terlupakan ALLAH......agak2 taraf yang mana patut korang diletakkan ?

-------------------------------------------------------------------------------------------------

SUBHANALLAH...MAHA SUCI ALLAH..ALHAMDULILLAH....PUJIAN BAGI ALLAH...ALLAHUKABAR...ALLAH MAHA BESAR....LAILAHAILLALLAH....TIADA TUHAN YANG LAYAK DISEMBAH MELAINKAN ALLAH.....

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Papepun....LU PIKIR LA SENDIRI......Ingat...tujuan kita semua dilahirkan di dunia hanyalah untuk mengabdikan dirinya....dan kita semua sekadar Hamba Abdi...

Fikir-Fikirkanlah....

Syukran kerana sudi membaca....

Salam keatasmu & Moga sentiasa dicurahkan rahmat & keberkatan dari ALLAH.....

Aurat Ketika Bersendirian....

Salam keatas pembaca....

'Nahnu' semakin hari semakin penat untuk menjawab soalan berbunyi...

"Kalau dok sorang2 dalam rumah kena jugak ke cover aurat ?"

Pergh...x terkira berapa ramai dah orang yg tanya kami camtu...terutamanya dikalangan ghulam (budak kecik)....

So, mana lah tahu ada gak yg x tahu apa hukumnya mendedahkan aurat ketika bersendirian....

Merujuk kepada 4 Imam termasyhur..Imam Syafi'e,Imam Ahmad bin Hanbal,Imam Maliki,Imam Abu Hanifah.....

Terdapat dua pendapat yang keluar dari mulut mereka....

Imam Abu Hanifah dan Imam Maliki bersependapat menggariskan hukum mendedahkan aurat secara bersendirian dengan mengeluarkan hujah berbunyi.....

" Sebagaimana dilarang seorang mukallaf(orang yang dituntut beramal dengan suruhan & meninggalkan larangan)...mendedahkan aurat ketika berhadapan dengan orang yang dilarang melihat auratnya, maka demikian juga dilarang melihat auratnya ketika ia bersendirian, kecuali ketika dharurat @ terpaksa dibuka, seperti ketika qodho' hajat(mengeluarkan air besar @ air kecil) @ ketika mandi. Ketika itu harus untuk membukanya "

Namun, Imam Syafi'e dan Imam Ahmad bin Hanbal pula bersependapat dengan hujah....

" Ketika seseorang itu bersendirian, tidak diharamkan membuka auratnya, cuma makhruh kecuali ketika dalam keadaan dharurat. Ketika dharurat itu dia diharuskan membukanya "

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Oleh itu, jika anda adalah seorang rakyat Malaysia....kebanyakan rakyat Malaysia dan Jabatan Syariah & Agama Malaysia juga telah banyak melakukan amalan2 harian dengan berpandukan mazhab syafi'e...oleh itu lebih afdhol jika kita mengikut seperti mana yang telah disebutkan oleh Imam Syafi'e....

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Kesimpulannya...hukum membuka aurat ketika bersedirian adalah MAKRUH.....

Dan Hukum membuka aurat ketika dharurat adalah harus......

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Harap sudah jelas di minda.....

Syukran kerana sudi membaca....

Salam keatasmu & Moga sentiasa dicurahkan rahmat & keberkatan dari ALLAH.....