Bismillahirahmanirahim...
Post ana kali ini ialah tentang sebuah add-on yang ana jumpa dari website Mozilla Firefox. Add-on ini khas untuk orang yang tak ada kerja lain selain menatap internet dari pagi sampai petang.
Semestinya orang yang surfing internet akan leka, leka dan terus leka , lalu mulalah merungut terlupa siapkan homework, lewat gosok baju dan yang paling ana takuti ialah tertinggal solat...
Kalau setakat terlupa siapkan homework boleh dimaafkan lagi.. Tapi kalau tertinggal solat,tak tahu nak cakap macam mana.....
Sebagai penyelesaian, ana rasa add-on ini boleh membantu (Firefox User Only). Add-on ini dilengkapi dengan waktu solat lengkap. Ia juga automatik mengAZANkan anda apabila tiba waktu solat. Dan yang paling best tentang add-on ini ialah kita boleh download azan... Azan Mekah, Azan Medina, Azan Al-Aqsa pun ada...
Sebagaimana yang kita ketahui, solat ialah tiang agama. Cuba kita bayangkan KLCC tidak mempunyai rangka konkrit, kemungkinan besar Malaysia akan hilang kemegahannya. Ketahuilah kita bahawasanya solat ialah perkara pertama yang akan dihisab di akhirat kelak.
Ana rasa itu saja daripada ana dan jika mempunyai soalan mengenai add-on ini, bolehlah pergi ke Homepage add-on ini @tau komen dan ana dan para administrator yang lain akan balas secepat yang mungkin.
Assalamualaikum......
Orang islam ada hari yang malang?
-
*Orang islam dan BAD DAY.(hari yang malang)*
Alkisahnya, waktu memandu hantar anak pulang ke asrama, saya dilanda sakit
gigi yang amat sangat, tak per...
1 day ago
No comments:
Post a Comment