Rapatkan sillaturrahim dengan cara >>> INSTALL toolbar kami!

toolbar powered by Conduit

Wednesday, April 29, 2009

Tanda orang yang telah diterima TAUBATnya



Bermulalah alkisah pada zaman dahulu,seorang ahli hikmah pernah ditanya tentang taubat yang dilaksanakan oleh seorang hamba yang dibelengu kesedihan : "Adakah seseorang itu boleh mengetahui bahawa taubatnya diterima atau tidak?".

Lalu ahli hikmah itu menjawab dengan mengatakan bahawa beliau tidak boleh memberi keputusan tentang hal itu.Kemudian beliau memberitahu sekadar tanda-tandanya sahaja. Iaitu :-

1. (Seseorang yang telah bertaubat itu)melihat bahawa dirinya masih belum suci dari dosa.

2. Dia melihat bahawa perasaan gembira telah hilang dari hatinya,lalu datang
perasaan sedih.

3. Dia suka mendekati orang-orang yang baik dan menjauhi orang-orang yang jahat.

4. Walaupun sedikit rezeki yang diperolehi di dunia,tetapi dia tetap melihatnya banyak.Walaupun banyak amal akhirat,tetapi dia tetap melihatnya sedikit.

5. Dia sentiasa menjaga lidah,penglihatan dan selalu bertakafur serta tetap dalam keadaan sedih dan menyesal.

Adakah anda tergolong dalam golongan diatas??
Dimanakah pendirian anda?
Fikir-fikirkanlah...

No comments:

Post a Comment